Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
msen
A- A A+
seperator2 faq3 seperator2 Hubungi Kami2 seperator2 maklumbalas3 seperator2 petalaman3 seperator2

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

SOALAN LAZIM

Soalan 1

Apa itu cukai taksiran / pintu?

Jawapan

Cukai Taksiran Am ialah cukai yang dikenakan keatas pegangan berkadar seperti :

  • Bangunan Kediaman
  • Bangunan Perniagaan (Kedai, Kompleks Perniagaan, Pejabat, Hotel
  • Bengkel, Stesen Minyak dan Panggung Wayang)
  • Bangunan Perindustrian (Kilang, Gudang, Loji, Depo dan Pencawang)
  • Tanah Kosong (Bangunan, Pertanian, Perindustrian dan Perniagaan yang terletak di dalam kawasan Majlis Daerah Pasir Puteh.

Soalan 2

Bilakah Tempoh Bayaran Cukai Taksiran perlu dijelaskan?

Jawapan

Cukai Taksiran dibayar 2 kali setahun iaitu :-

*  1/2 tahun pertama - 1hb Januari hingga 28hb Februari setiap tahun
* 1/2 tahun kedua - 1hb Julai hingga 31hb Ogos setiap tahun

Soalan 3

Bilakah Bil/Notis Cukai Taksiran Am Dikeluarkan?   

Jawapan
Bil Cukai Taksiran Am diserahkan/diposkan pada:-

  • Januari - 1/2 tahun pertama
  •  Julai - 1/2 tahun kedua

Notis (Borang E) diserahkan/diposkan pada:-

  • Mac - 1/2 tahun pertama
  • September - 1/2 tahun kedua

Soalan 4

Apakah Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Anda Tidak Menerima Bil /Notis?

Jawapan

Anda Dikehendaki Datang Sendiri Ke Kaunter Cukai Taksiran, Bahagian Cukai Taksiran, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Ibu Pejabat MDPP, dengan membawa:-

  •  Bil/Notis lama atau
  • No. Akaun (jika ada) atau
  • No. lot/rumah dan kedudukan harta.

Soalan 5

Apakah jenis lesen yang perlu dipohon?

Jawapan

Semua jenis perniagaan sama ada berniaga di premis atau menjaja, lesen iklan dan lesen sementara.

Soalan 6

Adakah setiap pembinaan memerlukan pelan?

Jawapan

Ya, perlu kepada pelan berskala, dilukis oleh pelukis pelan berdaftar.

 Soalan 7

Apakah perbezaan antara Majlis Daerah/Majlis Perbandaran dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)?

Jawapan

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negara ini dibahagikan kepada tiga kategori seperti berikut:
- Majis/Dewan Bandaraya
- Majlis Perbandaran
- Majlis Daerah

Majlis/Dewan Bandar Raya ialah Majlis Perbandaran yang dinaikkan taraf bandar raya setelah memenuhi kriteria tertentu. Kriteria bagi Majlis/Dewan Bandar Raya ialah jumlah penduduk yang melebihi 100,000 orang dan hasil tahunan melebihi RM20 juta.

Majlis Perbandaran lebih tertumpu kepada bandar (urban) jika dibandingkan dengan Majlis Daerah dan mempunyai penduduk dan hasil yang melebihi Majlis Daerah. Kriteria bagi Majlis Perbandaran ialah jumlah penduduk yang melebihi 100,000 orang dan hasil tahunan melebihi RM5 juta.

Majlis Daerah lebih tertumpu kepada luar bandar (rural-based). Kriteria bagi Majlis Daerah ialah jumlah penduduk kurang daripada 100,000 orang dan hasil tahunan kurang daripada 5 juta.

Soalan 8

Berapakah bilangan PBT yang terdapat di Malaysia sekarang?

Jawapan
145 buah PBT (termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), iaitu Majlis Perbandaran (MP) 31 buah; Majlis Daerah (MD) 114 buah. Terdapat juga beberapa badan lain yang diberi kuasa oleh Kerajaan Negeri masing-masing untuk melaksanakan fungsi-fungsi PBT seperti: PBT Kulim Hi-Tech, PBT Pasir Gudang, Perbadanan Putrajaya dan sebagainya.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh emailkan kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Soalan 9
Apakah dokumen yang perlu dibawa semasa memperbaharui lesen?

Jawapan

  1. Satu keping gambar berwarna berukuran passport
  2. Salinan resit bayaran pemeriksaan alat pemadam api (bomba)
  3. Salinan sijil kursus asas pengendali makanan yang sah (perniagaan makanan & minuman sahaja )
  4. Sijil suntikan kesihatan (ty2) untuk pelesen & pembantu-pembantu (perniagaan makanan & minuman sahaja)
  5. Salinan bil cukai taksiran yang telah dijelaskan setengah tahun kedua 2009
  6. Lesen asal 2010/ lesen papan iklan 2010
  7. Salinan pendaftaran perniagaan (SSM)

Syarat-Syarat Permohonan

  1. Syarikat perniagaan atau perniagaan tunggal hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM)
  2. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan lesen premis dengan mengemukakan bersama dokumen pra-syarat seperti berikut:
  • 1 Salinan Pendaftaran Syarikat / Perniagaan / Pertubuhan
    (Borang 9 & 49 atau Borang D beserta maklumat perniagaan & pemilik)
  • 1 Salinan kad pengenalan / pasport pemohon
  • 1 Visual iklan papan tanda berwarna dan gambar lokasi pemasangan iklan (Jika berkenaan)

Syarat-Syarat Kelulusan

  1. Premis yang di gunakan hendaklah mematuhi dan memenuhi syarat asas Jabatan Perancang dan Kawalan Bangunan dan mempunyai kelulusan perancang atau Perintah pembangunan(development order- DO)
  2. Premis yang digunakan hendaklah mematuhi dan memenuhi syarat dan kehendak asas bahagian Kawalan Bangunan dan mempunyai kelulusan pelan bangunan dan sijil layak menduduki bangunan (CF / TCF)
  3.   Premis yang digunakan hendaklah mematuhi dan memenuhi syarat dan kehendak asas Jabatan Kesihatan
  4.  Premis yang digunakan hendaklah mematuhi dan memenuhi syarat dan kehendak keselamatan  Jabatan bomba Malaysia
  • Mengadakan Sistem Kawalan Keselamatan Kebakaran
  • Bangunan di tingkat satu keatas yang mempunyai tangga tunggal tidak dibenarkan menjalankan perniagaan
  • Premis untuk kegunaan bagi aktiviti- aktiviti perniagaan tertentu seperti premis untuk hiburan hendaklah mendapat sokongan Jabatan Polis

Syarat-Syarat Lesen

  1. Premis perniagaan yang dilesenkan hendaklah digunakan untuk aktiviti perniagaan seperti yang tercatit dalam lesen
  2. Lesen perniagaan hendaklah sentiasa di pamerkan di tempat / di dinding yang mudah di lihat
  3. Aktiviti perniagaan hendaklah di jalankan dalam premis sahaja dan dilarang sama sekali menggunakan kaki lima atau kawasan persekitaran.
  4. Bangunan premis yang di lesenkan tidak boleh diubahsuai  tanpa kebenaran. Sila hubungi  Jabatan Perancang dan Kawalan Bangunan untuk tujuan tersebut
  5. Kebersihan hendaklah sentiasa dijaga samada didalam /di luar bangunan
  6. Mengambil langkah-langkah tertentu untuk memastikam aktiviti perniagaan yang di jalankan tidak mendatangkan pencemaran alam sekitar, kacauganggu bunyi, bau busuk dan halangan.
  7. Tong sampah yang mencukupi di sediakan dan sampah sarap hendaklah di masukkan ke dalam beg-beg plastik sebelum di buang ke dalam tong  
  8. Pemeliharaan binatang di dalam premis seperti anjing, kucing, ayam dan sebagainya adalah di larang

 

Sebarang pertanyaan lanjut boleh emailkan kepada :
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

/

Majlis Daerah Pasir Puteh
16800, Pasir Puteh, Kelantan

BERSIH . INDAH . CERIA . SEJAHTERA

T (+609) 785 5800 / 785 5813 
F (+609) 786 7011
HOTLINE PENGUATKUASAAN :(+609) 785 5814
Web: https://mdpputeh.kelantan.gov.my
Email: mdpp@kelantan.gov.my / ydpmdpp@kelantan.gov.my

Kod QR Web Mobil

Qrcodelaman Web Mdpp

Kaunter Pelawat

Today0
Yesterday23
This week97
This month665
Total211031

2024-03-29

Search