Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
msen
A- A A+
seperator2 faq3 seperator2 Hubungi Kami2 seperator2 maklumbalas3 seperator2 petalaman3 seperator2

Rekreasi

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

Tempat-Tempat Menarik di Pasir Puteh

1.Tok Aman Bali Beach Resort

Tok Aman Bali ialah resort yang terkenal dan sangat popular di Kelantan. Resort ini terletak di Jajahan Pasir Puteh. Lokasinya hanya lebih kurang 5 minit perjalanan ke kawasan Pantai Bisikan Bayu. Bilik-bilik yang disediakan untuk tetamu semuanya berhawa dingin. Lebih menarik, terdapat balkoni dimana pengunjung boleh beristirehat melihat pemandangan cantik di kawasan ini.

Aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Tok Aman Bali Beach Resort ialah :

  • Paintball
  • Menaiki Paddle Boat
  • Permainan Sukan Pantai
  • Karoake
  • Memancing

Antara kemudahan yang disediakan di Tok Aman Bali Beach Resort ialah:

  • Wi-Fi percuma
  • Tempat meletak kereta
  • Kolam Renang
  • Spa
  • Gymnasium
  • Taman Permainan Kanak-kanak
  • Restoran

 

Lokasi/Alamat:

Tok Aman Bali Beach Resort

Lot 6264(1) Pantai Bisikan Bayu, Semerak

16700 Pasir Puteh,

Kelantan Darul Naim.

2. Air Terjun Jeram Pasu

Jeram Pasu adalah merukan salah satu kawasan rekreasi hutan lipur dan air terjun yang terkenal terletak di Kampung Padang Pak Amat, Pasir Puteh kira-kira 35km di Selatan Kota Bharu, Kelantan. Jeram Pasu dihubungi dengan jalan raya bertar dan pengunjung boleh ke sana dengan menaiki perkhidmatan kereta persendirian dan teksi. Jeram Pasu terletak kira-kira 8 kilometer ke dalam dari simpang Kampung Padang Pak Amat, Jalan Pasir Puteh - Kota Bharu.

Mengikut sejarah masyarakat setempat, Jeram Pasu merupakan air terjun yang terawal dibangunkan sebagai kawasan rekreasi orang ramai di Kelantan. Airnya jernih, sejuk serta nyaman sememangnya menjadikan ia tempat rekreasi dan riadah popular di kalangan pengunjung. Beberapa kolam serta gelongsor telah dibina berhampiran air terjun. Pihak berkuasa juga telah menyediakan tapak khemah untuk pengunjung yang ingin bermalam. Segala kemudahan telah diadakan bagi keselesaan pengunjung berkelah. Destinasi ini sentiasa dipenuhi orang ramai terutamanya sewaktu musim cuti sekolah serta hujung minggu.

3.Tok Bali, Semerak

Tok Bali dibuka pada tahun 1996, dengan pembinaan jambatan di atas darat oleh Projek Kemasin Semerak (Perkasa), dan kemudiannya dengan pembinaan Terusan Tok Bali. Pembinaan Terusan ini menjadi pemangkin utama pembangunan di Tok Bali, di mana wujudnya pengangkutan melalui laut ke Pulau Perhentian, Pulau Kapas dan Pulau Redang di Laut China Selatan. Demikian juga dengan kewujudan jeti pendaratan ikan laut dalam sehingga kepada pertumbuhan industri pelancongan dan produk berasaskan hasil laut seperti keropok, bebola ikan dan sebagainya. Tambang teksi ke Tok Bali ialah RM 3.00 untuk seorang.

Tok Bali merupakan suatu kawasan yang amat pesat membangun dengan pebagai perancangan yang berbentuk infrastruktur, kemudahan dan perkhidmatan awam serta pembangunan institusi pendidikan, kesihatan, keselamatan dan industri yang berasaskan hasil laut dalam. Terletak 16 km dari Bandar Pasir Puteh. Tok Bali menjadi sebuah pusat peranginan terkenal di Kelantan kerana terdapat kawasan pantai yang bersih serta kemudahan penginapan yang selesa.

 

4.Tugu Peringatan Tok Janggut

Tugu Peringatan Tok Janggut ini telah dibina oleh Majlis Daerah Pasir Puteh pada tahun 2005. Tugu ini dibina bagi memperingati jasa dan perjuangan Haji Muhammad Hassan bin Munas atau lebih dikenali sebagai ‘Tok Janggut', dalam era penentangan orang-orang Melayu di Tanah Melayu ke atas Inggeris. Lokasi tugu ini adalah di Pusat Bandar Pasir Puteh.

5.Wakaf Tuan Farrer

Wakaf Tuan Farrer ini telah dibina antara tahun 1915 -1930 0leh Ketua Jajahan yang berbangsa Inggeris iaitu Tuan Farrer. Wakaf ini diabadikan sebagai warisan sejarah dan dijadikan jalan pekeliling antara Jalan Nara, Jalan Pondok, Jalan Kg.Kelubi dan Jalan Sek. Ren. Keb. (C) Kai Chih. Wakaf ini menjadi mercu tanda Bandar Pasir Puteh pada masa pentadbiran Tuan Farrer  sehingga kini.

Tuan Farrer adalah seorang Ketua Jajahan Pasir Puteh sekitar tahun 1909. Beliau merupakan D.O (Ketua Jajahan) Inggeris yang ke-3 menjadi pentadbir Jajahan Pasir Puteh.
Beliau telah mengilhamkan supaya mendirikan sebuah wakaf rehat menunggu bas sementara ‘Rest Pavillion' di persimpangan jalan utama dari Pusat Bandar Pasir Puteh ke Kota Bharu dan ke Machang. Tujuan wakaf ini dibina adalah untuk memberi kemudahan kepada masyarakat setempat untuk mendapatkan perkhidmatan awam seperti bas dan kereta sewa ataupun beca.

Pada Bulan Julai 2007, Wakaf Tuan Farrer ini telah roboh akibat dari kemalangan jalan raya, di mana sebuah kenderaan telah merempuh dan meranapkan struktur wakaf ini sama sekali. Dengan keprihatinan pihak MDPP dan bebrapa agensi kerajaan yang lain, satu kata sepakat dicapai untuk membina dan memberi nafas baru kepada wakaf yang mempunyai nilai sejarah ini. Pada tahun 2010, wakaf baru sebagaimana struktur asal telah dibina dengan berdasarkan rupa dan rekabentuk yang asal. Bezanya ialah wakaf dahulu adalah daripada kayu tetapi wakaf baru ini dibina secara kekal. Walaubagaimanapun, beberapa struktur asal seperti kayu alang dan kasa jantan masih menggunakan bahan asal. Dengan naik taraf atau nafas baru yang diberikan kepada wakaf Tuan Farrer ini, diharap ianya akan dapat menjadi suatu daya tarikan dari segi pelancongan dan warisan kepada masyarakat tempatan dan luar negara.

/

Majlis Daerah Pasir Puteh
16800, Pasir Puteh, Kelantan

BERSIH . INDAH . CERIA . SEJAHTERA

T (+609) 785 5800 / 785 5813 
F (+609) 786 7011
HOTLINE PENGUATKUASAAN :(+609) 785 5814
Web: https://mdpputeh.kelantan.gov.my
Email: mdpp@kelantan.gov.my / ydpmdpp@kelantan.gov.my

Kod QR Web Mobil

Qrcodelaman Web Mdpp

Kaunter Pelawat

Today16
Yesterday23
This week109
This month600
Total211702

2024-04-26

Search