Skip to main content

Karnival Monsoon Run Jajahan Pasir Puteh 2025 anjuran Majlis Daerah Pasir Puteh dengan kerjasama Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC)

 

1234678

 

1 November 2025 - Karnival Monsoon Run Jajahan Pasir Puteh 2025 anjuran Majlis Daerah Pasir Puteh dengan kerjasama Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) telah berlangsung dengan jayanya apabila mendapat sambutan hangat para peserta larian. Lebih menarik pada edisi kali ini apabila ada pelari yang datang dari Johor, Kedah dan Terengganu selain peserta tempatan.
Program ini bukan sahaja menjadi platform menggalakkan gaya hidup sihat melalui aktiviti larian, tetapi turut memberi impak positif kepada sektor pelancongan tempatan dengan memperkenalkan keindahan Pantai Bisikan Bayu sebagai destinasi rekreasi dan riadah yang menarik lebih-lebih lagi dengan adanya Pasar Nelayan yang beroperasi setiap pagi Sabtu disini.
Karnival ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Kamarudin Md Nor, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kelantan. Turut hadir adalah YABrs Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Pasir Puteh, Tuan Setiausaha, Pen. Setiausaha, Ahli-ahli Majlis serta warga MDPP. Selain itu, Timbalan Ketua Polis IPD Pasir Puteh dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh juga hadir memeriahkan karnival.

Sekalung penghargaan buat penganjur, peserta,penaja,
sukarelawan dan semua pihak yang telah menjayakan MONSOON RUN 2025. JUMPA LAGI PADA EDISI 3.0 TAHUN 2026.
#monsoonrun2025 #pasirputeh # majlisdaerahpasirputeh #kelantan #visitkelantan
#indahnyakelantan #drhurehlah #pantaibisikanbayu
#kelantan360° #MalaysiaTrulyAsia #cuticutimalaysia #visitmalaysia2026

DASAR PRIVASI

SEO - Laman Web Rasmi Majlis Daerah PASIR PUTEH

Penerbitan
Arkib Berita
KELGOV PPST