Skip to main content

sitemap 1

call 2

faq 6

phonebook

IKLAN JAWATAN KOSONG MDPP 2024

IKLAN JAWATAN KOSONG MDPP 2024

Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong di Majlis Daerah Pasir Puteh.
Maklumat jawatan, syarat-syarat skim perkhidmatan dan permohonan adalah sebagaimana berikut:
 

JAWATAN : PENOLONG AKAUNTAN W29
KEMENTERIAN/JABATAN : Majlis Daerah Pasir Puteh
KUMPULAN PERKHIDMATAN : Pelaksana
TARAF JAWATAN : Contract For Service (CFS)

CARA MEMOHON


1. Permohonan hendaklah dibuat dengan melengkapkan borang permohonan jawatan kosong.

(BORANG PERMOHONAN JAWATAN KOSONG - Klik Disini)


2. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan :-


    i. Sekeping gambar berukuran pasport;
    ii. Salinan kad pengenalan yang telah disahkan;
    iii. Salinan sijil lahir yang telah disahkan;
    iv. Salinan sijil tamat persekolahan / sijil berhenti sekolah yang telah disahkan;
    v. Salinan sijil pendidikan tertinggi (Ijazah / Diploma / STPM / SPM / PMR) yang telah disahkan;
    vi. Salinan semakan pengiktirafan kelayakan pendidikan dari JPA melalui laman web interaktif: https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm (Sijil/Diploma/Ijazah);


3. Setiap permohonan hendaklah ditulis Nama Jawatan dibahagian atas sampul surat sebelah kiri;


4. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:


Yang DiPertua,
Majlis Daerah Pasir Puteh,
16800 Pasir Puteh,
Kelantan.


5. Semua pemohon yang disenarai pendek perlu mengambil ujian-ujian yang berkaitan berdasarkan jawatan yang dipohon. Hanya calon yang layak melepasi ujian-ujian tersebut akan dihubungi untuk ditemuduga;


6. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya;


7. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah ditanggung oleh calon sendiri;


8. Calon hendaklah menduduki ujian psikologi yang telah ditetapkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Bahagian Sumber Manusia bagi saringan psikologi.

 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 07 NOVEMBER 2024 (KHAMIS)

SILA KLIK PAUTAN DI BAWAH UNTUK MUAT TURUN :

(IKLAN JAWATAN KOSONG MDPP 2024 - Klik Disini)

Â