OPERASI TANGKAPAN HAIWAN RAYAU DISEMBER 2025
OPERASI TANGKAPAN HAIWAN RAYAU DISEMBER 2025
Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) telah menjalankan satu Operasi Tangkapan Haiwan Rayau pada 4 Disember 2025 (Khamis) bermula jam 10.00 pagi bertempat di Gong Ketapang, Semerak. Operasi ini dilakukan oleh Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Pelesenan & Kesihatan Awam MDPP.
Seramai 9 orang anggota telah terlibat dalam operasi ini yang terdiri daripada 5 anggota Jabatan Penguatkuasaan dan 4 anggota Jabatan Pelesenan & Kesihatan Awam.
Hasil daripada operasi ini, sebanyak 2 ekor lembu berjaya ditangkap. Tangkapan dibuat setelah haiwan tersebut didapati berkeliaran tanpa kawalan di kawasan awam dan boleh mendatangkan risiko kepada pengguna jalan raya serta membahayakan keselamatan penduduk setempat.
MDPP ingin mengingatkan kepada semua pemilik haiwan ternakan agar bertanggungjawab dalam mengawal haiwan masing-masing. Kegagalan berbuat demikian akan dikenakan tindakan di bawah Undang-Undang Kecil Haiwan Rayau.