Skip to main content

OPERASI TANGKAPAN HAIWAN RAYAU (LEMBU)

    OPERASI TANGKAPAN HAIWAN RAYAU (LEMBU)
    Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) telah melaksanakan Operasi Tangkapan Haiwan Rayau (lembu) pada 29 Oktober 2025 (Selasa) jam 9.30 pagi di kawasan Taman Awam Bukit Gedombak, Pasir Puteh.
    Dalam operasi ini, sebanyak 9 ekor lembu berjaya ditangkap. Seramai 10 anggota MDPP terlibat, terdiri daripada 7 anggota Jabatan Penguatkuasaan, 3 anggota dari Jabatan Pelesenan & Persekitaran, serta dibantu oleh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pasir Puteh.
    Operasi ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan MDPP dalam menangani isu haiwan ternakan yang dibiarkan berkeliaran bebas tanpa kawalan pemilik. Haiwan rayau seperti lembu bukan sahaja membahayakan keselamatan pengguna jalan raya, malah boleh menyebabkan kemalangan maut dan kerosakan harta benda awam.
    Pihak Majlis ingin mengingatkan semua pemilik ternakan agar bertanggungjawab dan memastikan haiwan peliharaan tidak dilepaskan sesuka hati tanpa pengawasan.
    Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pemilik yang cuai dan mengabaikan keselamatan awam. Operasi tangkapan haiwan rayau akan terus dijalankan dari semasa ke semasa.
    Sama-sama kita jaga keselamatan dan kesejahteraan masyarakat Pasir Puteh.

    DASAR PRIVASI

    SEO - Laman Web Rasmi Majlis Daerah PASIR PUTEH

    Penerbitan
    Arkib Berita
    KELGOV PPST