Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
msen
A- A A+
seperator2 faq3 seperator2 Hubungi Kami2 seperator2 maklumbalas3 seperator2 petalaman3 seperator2

Berita

Majlis Sambutan Hari Inovasi Sektor Awam Peringkat Negeri Kelantan (AISAK) Tahun 2022

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

β€œ MULTIPURPOSE COMPACTOR”  𝐉𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 πŒπƒππ π’π„π‹π€πŠπ” π‰πŽπ‡π€π BAGI TAHUN 𝟐𝟎𝟐2 ππ€π†πˆ πŠπ€π“Eπ†πŽπ‘πˆ 𝐏𝐁𝐓 UNTUK TIGA TAHUN BERTURUT-TURUT

β€˜Millenia White Sand’, Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) sekali lagi mengungguli Anugerah Inovasi Sektor Awam Peringkat Negeri Kelantan 2022, telah dinobatkan sebagai johan bagi kategori Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) buat tiga (3) tahun bertut-turut. Sebagai rekod; Millenia White Sand telah memenangi kategori yang sama pada tahun 2020 melalui Rekaan Portable Roro Tank dan pada tahun 2021 melalui rekaan Environmental Friendly Bucket (EFT).

Rekaan β€˜Multipurpose Compactor’ telah berjaya memberikan keyakinan kepada barisan juri yang bijaksana, sekaligus MDPP membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM4,000, piala pusingan, piala iringan dan sijil penghargaan.

Hadiah berkenaan telah disampaikan oleh YB Dato’ Kaya Setia, Dato’ Nazran bin Muhammad, Setiausaha Kerajaan Kelantan yang berlangsung hari ini di Dewan Teratai, Kota Darulnaim. Majlis ini telah dihadiri oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Pasir Puteh (Tn. Hj. Ahmad Adlee Bin Yasin) merangkap Penaung kepada Millenia White Sand, Tuan Setiausaha Majlis Daerah Pasir Puteh (En.Noor Azman Bin Md. Nawi) selaku Fasilitator Millenia White Sand dan Ketua Kumpulan Millenia White Sand iaitu En. Mohd Haqqul Mubin Bin Hj. Othman serta barisan ahli kumpulan Millenia White Sand yang lain.

Rekacipta ini adalah bertujuan untuk mengatasi masalah sampah di luar tong dan sampah haram dapat diurus dengan lebih efektif dan efisen. Rekacipta ini dapat mengurangkan risiko hazad jangkitan serta lebih mengutamakan keselesaan dan kemudahan penduduk setempat. Ianya juga dapat meringankan beban pekerja di Bahagian Kebersihan, MDPP. Konsep rekaan ini dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan dengan lebih cekap, cepat dan efisyen. Rekacipta ini dapat digunakan oleh agensi/ jabatan/ PBT lain secara terus.

Kos pelaksanaan bagi rekaan ini hanyalah sebanyak RM15,000.00 sahaja jika dibandingkan dengan penjimatan tahunan yang dapat dijimatkan adalah sebanyak 57,000.00. Ini jelas menunjukkan rekaan ini dapat menjimatkan kos pengurusan di samping dapat menjimatkan masa dan tenaga pekerja.

Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat. Semoga rekacipta ini dapat digunapakai bukan hanya di Majlis Daerah Pasir Puteh malah kepada semua PBT di Negeri Kelantan khasnya dan Malaysia umumnya.

Jangan lupa Follow, Like dan Share :

- Laman Web Rasmi MDPP : https://mdpputeh.kelantan.gov.my

- Facebook: Majlis Daerah Pasir Puteh

#mdpp2022

#aipbt2022

Β 

2

Β 

3

Β 

5

Β 

1

Β 

Index

Β 

Β 

/

Majlis Daerah Pasir Puteh
16800, Pasir Puteh, Kelantan

BERSIH . INDAH . CERIA . SEJAHTERA

T (+609) 785 5800 / 785 5813Β 
F (+609) 786 7011
HOTLINE PENGUATKUASAAN :(+609) 785 5814
Web: https://mdpputeh.kelantan.gov.my
Email: mdpp@kelantan.gov.my

Kod QR Web Mobil

Qrcodelaman Web Mdpp

Kaunter Pelawat

Today28
Yesterday268
This week1018
This month296
Total169788

2022-12-02

Search