Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
msen
A- A A+
seperator2 faq3 seperator2 Hubungi Kami2 seperator2 maklumbalas3 seperator2 petalaman3 seperator2

Fungsi

Kadar pengguna: 2 / 5

bintang aktifbintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

Bahagian Pentadbiran dan Perkhidmatan :-

- Meningkatkan mutu perkhidmatan.

D - Dengan penuh tekun dan dedikasi.

- Perhubungan masyarakat sentiasa erat dan mesra.

P - Perkhidmatan adalah utk meningkatkan taraf sosio ekonomi masyarakat Tempatan.

Organisasi pentadbiran Majlis Daerah Pasir Puteh di ketuai oleh seorang ketua yang berjawatan Yang Dipertua, kemudian dibantu oleh seorang Setiausaha, serta beberapa bahagian yang ditubuhkan di bawahnya. Antara bahagian-bahagian dan peranan secara ringkas adalah seperti berikut:

1. Bahagian Pentadbiran

  • Bahagian ini bertanggungjawab dalam semua urusan yang berkaitan dengan pentadbiran, melibatkan surat menyurat, sistem fail, rekod perkhidmatan kakitangan, urusan rasmi kerajaan, pemilihan paserta kursus dan sebagainya.

2. Bahagian Kewangan

  • Bahagian ini bertanggungjawab ke atas semua urusan yang berkaitan dengan kewangan dan juga hasil. Ini melibatkan penyediaan buku anggaran belanjawan tahunan,sewaan peralatan,loji dan jentera Majlis, sewa kedai,perbelanjaan gaji, pembelian peralatan pejabat, harta modal dan sebagainya yang merangkumi semua pendapatan dan perbelanjaan.

3. Bahagian Penilaian

  • Bahagian ini bertanggungjawab dalam segalaa urusan cukai pintu,bermula dari proses menjalankan penilaian, notis cukai pintu,tuntutan Caruman Bantu Kadar, tuntutan tunggakan, mengendalikan kes-kes rayuan cukai dan permasalahan yang timbul berkaitan dengan cukai pintu.

4. Bahagian Pembangunan, Kebersihan dan Kesihatan Awam

  • Bahagian ini bertanggungjawab ke atas semua urusan pembangunan,perancangan pambangunan, kebersihan dan keindahan bandar, perkhidmatan mengangkat sampah dan juga terlibat dalam mengendalikan semua jenis permohonan lesen perniagaan yang dikenakan di kawasan Majlis.

5. Bahagian Kejuruteraan dan Bangunan

  • Bahagian ini bertanggungjawab dalam kawalan pembangunan dalam kawasan pentadbiran Majlis dan urusan pembinaan bangunan baru yang memerlukan kelulusan dari pihak Majlis.Perancangan dan pambangunan projek-projek perumahan dan peniagaan juga di kendalikan oleh bahagian ini sehingga kepada proses pengeluaran Sijil Kelayakan Duduk (SKD).

6. Bahagian Penguatkuasa

  • Bahagian ini bertanggungjawab terhadap semua penguatkuasaan undang-undang yang dijalankan oleh semua bahagian di bawah pentadbiran Majlis.Sebagai contoh, penguatkuasaan lesen perniagaan,sitaan kedai dan gudang milik Majlis yang enggan membayar sewa, sitaan dan penjualan barang bagi premis-premis yang enggan membayar tunggakan cukai pintu, pembuangan sampah di tempat yang dilarang,menjalankan perniagaan secara haram,membina bangunan tanpa kebenaran dan sebagainya.

7. Bahagian Teknologi Maklumat

  • Bahagian ini bertanggungjawab terhadap merancang dan melaksanakan pembangunan aplikasi/ sistem, menjalankan tadbir urus sistem server dan rangkaian dalaman pejabat di samping mengurus sistem dan aplikasi komputer serta memastikan dan memantau kelancaran perkhidmatan MDPP dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan, bersesuaian dengan visi dan misi Pengurusan MDPP.
  • Memantau dan mengemaskini Portal Majlis.
  • Mengurus aduan kerosakan, pinjaman peralatan ict dan permohonan peralatan ict.
  • Menyelenggara rangkaian dan keselamatan di Pejabat (Networking & Antivirus).
  • Menyediakan kemudahan Infrastruktur ICT (Perkakasan, perisian & sistem keselamatan).
  • Menguruskan Inventori ICT.
  • Menguruskan Perolehan ICT.

 

/

Majlis Daerah Pasir Puteh
16800, Pasir Puteh, Kelantan

BERSIH . INDAH . CERIA . SEJAHTERA

T (+609) 785 5800 / 785 5813 
F (+609) 786 7011
HOTLINE PENGUATKUASAAN :(+609) 785 5814
Web: https://mdpputeh.kelantan.gov.my
Email: mdpp@kelantan.gov.my

Kod QR Web Mobil

Qrcodelaman Web Mdpp

Kaunter Pelawat

Today275
Yesterday315
This week590
This month1739
Total185983

2023-02-07

Search

iTegur
test test test test test test

mygov