Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
msen
A- A A+
seperator2 faq3 seperator2 Hubungi Kami2 seperator2 maklumbalas3 seperator2 petalaman3 seperator2

Pendaftaran Penjaja Beroperasi MDPP Sepanjang PKP

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 
KEBENARAN UNTUK BERNIAGA KEPADA PENJAJA DI BAWAH MAJLIS DAERAH PASIR PUTEH DIBAWAH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) 3.0
 
Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Penyelarasan SOP Penjaja Negeri Kelantan yang telah diadakan pada 25 Mei 2021 dan SOP Am Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bertarikh 1 Jun 2021, bersetuju agar aktiviti penjaja DIBENARKAN beroperasi di bawah pemantauan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan dengan mematuhi syarat - syarat yang dikeluarkan seperti di bawah :
i. Telah membuat pendaftaran untuk menjalankan aktiviti penjaja melalui pautan sebagaimana dibawah :
 
ii. Mematuhi SOP Penjaja yang dikeluarkan oleh Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan bertarikh 25 Mei 2021 sebagaimana pautan dibawah :
iii. Telah mendaftar untuk suntikan vaksin Covid-19; atau
 
iv. Telah mendapat suntikan vaksin Covid-19.
 
Sehubungan dengan itu, Pengurusan Majlis Daerah Pasir Puteh berharap agar semua penjaja dapat memberi kerjasama yang baik.
Kegagalan mematuhi arahan ini oleh mana-mana pihak boleh dikenakan tindakan kompaun di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Undang-undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan Dan Perindustrian MDPP (pindaan) 2020, Undang-undang Kecil Penjaja MDPP 1989 dan Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 Akta 342).
Arahan ini berkuatkuasa serta merta dari tarikh notis ini dikeluarkan.
 
Dengan Perintah
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH PASIR PUTEH
Tarikh : 20 Syawal 1442H bersamaan 01 Jun 2021
/

Majlis Daerah Pasir Puteh
16800, Pasir Puteh, Kelantan

BERSIH . INDAH . CERIA . SEJAHTERA

T (+609) 785 5800 / 785 5813 
F (+609) 786 7011
HOTLINE PENGUATKUASAAN :(+609) 785 5814
Web: http://mdpputeh.kelantan.gov.my
Email: mdpp@kelantan.gov.my

Kod QR Web Mobil

Qrcodelaman Web Mdpp

Kaunter Pelawat

Today94
Yesterday151
This week94
This month3643
Total62160

2021-09-27

Search

SEO - MAJLIS DAERAH PASIR PUTEH